Friday 29 August 2014

Pembakar Semangat Ketika Berdiet Atkins


Assalaamualaikum..

Sekarang ni tengah berhangat-hangat buat diet Atkins. (DA). Banyak kelaut daripada berAtkins.Setakat ni baru turun 7kg selama 4 bulan buat Atkins. Kalau ada yang berminat untuk menurunkan berat badan tapi tidak tahu diet mana yang sesuai dengan badan boleh cuba buat diet ni..mana tahu berkesan..boleh klik group ni ya >>> FB groupsatkinsmalaysia

Sebelum tu kena dalami ilmu untuk buat diet ini. Boleh baca dan fahami semua fail yang ada. Pastikan anda sudah klik dan baca semua fail yang ada di sini >>> Tentang Atkins

Ini di antara ayat-ayat dan pembakar semangat untuk buat diet Atkins. Yang ini pun dapat dari group. Sumber : https://www.facebook.com/groups/atkinsmalaysia/permalink/595676857225751/

Kenapa ada yang kecundang dengan DA?
Review by : Muhammad Docres.

1. Tidak Faham Asas Gemuk Akibat Karbohidrat dan Gula.
Fahami dulu kenapa carbs dan sugar memberi kegemukan pada anda. Bila sudah faham akan timbul motivasi untuk mengurangkan carbs dan gula dalam pemakanan anda. Fahami juga bahawa nasik sepinggan mempunyai 88g carbs, tiga kali makan sehari sudah 264 carbs anda makan suatu ketika dahulu sebelum ber DA.

2. Tidak Faham Asas DA.
Jika anda mengamalkan DA apa yang berlaku pada tubuh anda? ringkasnya DA adalah menyekat kemasukan gula dan carbs ke dalam tubuh anda dan dalam masa dua hari (disiplin yg terbaik/bergantung pada individu) tubuh anda tidak mempunyai carbs dan gula lagi untuk dibakar sebagai sumber tenaga lalu membakar lemak sebagai sumber tenaga.

3. Tidak Faham Asas Kebaikan Pemecahan Lemak sebagai Sumber Tenaga.
Apabila lemak dipecahkan (ketosis) maka ketone akan dihasilkan. Ketone adalah sumber tenaga utama untuk otak dan otot lebih baik daripada glucose. Apabila ketone digunakan sebagai sumber tenaga badan anda akan lebih bertenaga dan automatik anda kurang craving untuk nasik dan manisan. Ketone juga mempunyai kesan menstabilkan insulin dan kolestrol badan.

4. Ketidakfahaman Menjurus Ketidaksediaan.
Anda tidak faham bererti anda tidak bersedia. Masuk hari ke tiga ber DA anda akan mula rasa pening, loya dan berbagai simpton yang menyeksakan. Bagi orang yang faham asas mereka akan gembira kerana inilah masanya yang ditunggu-tunggu, proses ketosis akan bermula, lemak dibakar dan body cantik here i come. Tapi bagi mereka yang tidak faham, perkara ini sangat menyeksakan tambahan pula berat badan tidak juga turun-turun. Fahami dengan jelas tubuh anda menunjukkan tanda kehabisan carbs dan gula dan proses ketosis baru nak bermula, mana turun lagi berat badan tunggu la proses tu berjalan dulu seminggu dua.

5. Tidak Kurus Seperti Orang Lain
Melihat kepada post orang lain yang kehilangan 5kg dalam masa seminggu, tetapi anda langsung tidak turun berat badan. Bak kata pepatah sudahlah tersiksa, berat pula tidak turun. Perlu diingat bahawa kebanyakan mereka yang telah berjaya bukan mengambil masa seminggu dua. Ada yang 4 bulan malahan ada yang setahun. Dan mereka yang kurus cepat bukan berDA semata-mata, mereka push dengan senaman kardio yang menyeksakan. Kenapa senaman kardio menyeksakan? Kerana berbaring di atas sofa sambil menonton spongebob lebih sedap daripada senaman kardio.

6. Tidak Faham Kebaikan Senaman semasa DA
Dulu anda pernah juga bersenam tapi berat badan macam sama je tak berubah jugak lalu anda berputus asa. Ya itu dulu sebelum anda ber DA. Diwaktu anda tidak mengamalkan DA badan anda penuh carbs dan gula, lalu semasa senaman anda hanya membakar carbs dan gula tersebut bukannya membakar lemak. Sekarang anda ber DA, badan anda tiada carbs dan gula untuk dibakar sebagai tenaga semasa senaman, lalu perut buncit anda itulah dibakar dan anda pun kurus, cantik, beutiful dan wallawei bagai.

Sekian, wassalam.