Tuesday 21 February 2012

DINAR EMAS

     Saya selalu terfikir bagaimana hendak menyelamatkan nilai wang saya di kala wang kertas semakin hilang nilainya. Akhirnya Allah telah memberi idea kepada saya untuk membuat simpanan dalam bentuk emas yang mana harga nilaian emas tidak mungkin akan hilang seperti mana wang kertas. Walaupun ada segelintir orang sekeliling yang tidak setuju akan cara ini, saya berharap mereka akan sedar bertapa tinggi nilaian emas sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran. Tetapi niat saya bukanlah untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia, hanya untuk kemaslahatan saya dan keluarga di masa akan datang. Oleh itu, jika ada yang berminat untuk menukarkan wang simpanan mereka dalam bentuk emas sama ada jongkong emas atau, dinar emas atau barang perhiasan berasaskan emas, bolehlah nyatakan hasrat anda ada di sini.

     Saya sangat menggalakkan kepada pemuda atau pemudi yang ingin melangsungkan perkahwinan untuk menukarkan wang hantaran mereka, semua atau separuh daripadanya kepada bentuk emas. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang terpaksa membuat pinjaman untuk memulakan hidup baru. Inilah masanya untuk merancang ekonomi keluarga anda di mana anda akan sentiasa bergelut dengan hutang sama ada untuk membeli kereta, rumah dan sebagainya. Bagaimana pula dengan keperluan harian dengan harga barang yang semakin naik dan walaupun gaji kita juga naik, jumlah tanggungan kita juga semakin bertambah. Fikirkanlah...

      Saya bukan ingin melobi, tetapi ingin membantu di samping menambah pendapatan keluarga. Jika ada sebarang pertanyaan atau ada yang berminat tetapi masih takut untuk memulakannya boleh bertanya di ruangan komen. Saya sedia untuk memberi idea tetapi bukan untuk berbahas kerana jalan ini bukanlah paksaan atau ingin menolak mana-mana pandangan individu. Ini hanyalah buah pemikiran saya sebagai seorang manusia.

Sekian. Wallahua'lam....

MARI MENUJU JALAN HIDAYAH...Menuntut Ilmu

       Bagi menuju jalan hidayah, seseorang itu mestilah menuntut ilmu.Begitu juga dengan saya dan kita semua, kita mesti berusaha mendapatkan hidayah dengan beribadah dan tidak sesat. oleh itu saya tertarik dengan buku Bidayatul Hidayah (Permulaan Jalan Hidayah) karangan Imam Al-Ghazali yang telah diterjemah oleh Ahmad Fahmi Zam Zam.

Imam al-Ghazali menyeru kepada orang yang mencari ilmu (semua bidang ilmu), yang menunjukkan cita-cita yang tinggi dan minat yang mendalam terhadap ilmu,

" Wahai saudaraku...seandainya engkau berniat dengan mencari ilmu ini untuk berlumba-lumba dan mendapatkan kemegahan dan terkemuka di kalangan kawan-kawan dan untuk menarik perhatian orang ramai terhadap dirimu dan menghimpunkan akan kekayaan dunia, maka sebenarnya engkau telah berusaha menghancurkan agamamu dan membinasakan dirimu sendiri dan menjual akhiratmu untuk mendapatkan harta dunia, maka penjualanmu adalah rugi dan perniagaanmu porak peranda dan guru yang mengajarmu adalah dikira menolongmu dalam membuat maksiat dan ia juga akan merasakan kerugian. Ketika ini guru yang mengajarmu itu laksana seorang yang menjual pedang kepada perompak seperti sabda Rasulullah S.A.W :


"Siapa yang menolong orang lain melakukan sesuatu maksiat walaupun hanya dengan setengah kalimat maka orang itu dikira berkongsi di dalam melakukan maksiat tersebut."


Dan jika niatmu di dalam mencari ilmu itu untuk mencari keredhaan Allah dan mencari hidayah, bukan semata-mata untuk pandai bercakap maka hendaklah engkau bergembira kerana para malaikat telah mengembangkan sayapnya apabila engkau berjalan dan ikan di laut semuanya memintanya ampun bagimu apabila engkau berjalan "

Allahuakbar! mari kita fikir pembaca sekalian kita ni termasuk dalam orang yang belajar tapi kerugian atau menjadi cikgu seperti pejual yang menjual pedang kepada perompak atau menjadi orang yang sentiasa mendapat lindungan malaikat dan doa makhluk2 di dunia ini.mudah-mudahan kita jadi pelajar dan guru yang dirahmati.amin