Thursday 18 June 2015

Contoh Format Minit Curai



MINIT CURAI


Kepada                   : En Sari at bin Mokmin
                               Guru Besar SK Kompleks UDA, Johor Bahru.

Daripada                : Encik Mohd Sazly bin Sudin

Perkara                 : KURSUS DSKP KSSR PENDIDIKAN MUZIK/ TAHUN 6

Tarikh                    : 27-28 Mei 2015

Masa                     : 8.00 pagi -4.30 petang

Tempat                  : SK Perling 3,Johor Bahru

1.       LATAR BELAKANG KURSUS
Kursus KSSR Pendidikan Muzik tahun 6 ini dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia Unit Muzik, Putrajaya dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru. Seramai 98 orang Ketua Panitia Muzik peringkat Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru telah menghadiri kursus selama dua hari.

Tujuan utama Kursus KSSR Muzik/ Tahun 6, ini diadakan ialah untuk memberi maklumat dan pendedahan bagaimana hendak menjalankan  Pdp Muzik tahun 6 bagi tahun 2016.

2.       ISU ATAU MAKLUMAT PENTING

2.1   DSKP-satu dokumen yang mengintegrasikan kandungan kurikulum dan pentaksiran

2.1.1          Ada 5 standard kurikulum

a.       Modul Pengalaman Muzikal
b.      Modul Penghasilan Muzikal
c.       Modul Aspreasasi Muzikal
d.      Modul Membaca dan Menulis Notasi
e.      Nilai Murni dalam aktiviti muzik
f.        Buku Panduan DSKP
g.       Contoh RPH Muzik tahun 6 untuk 2016

2.1.2      Pentaksiran

Pentaksiran dalam muzik dimulakan dengan mengikut kesesuain murid berdasarkan modul yang disediakan. Sebanyak 60%  pemarkahan untuk modul pengalaman muzikal yang terbahagi kepada empat bahagian iaitu nyanyian,alat perkusi, muzik dan gerakan. Manakala 10 % modul penghasilan,modul penghasilan muzikal, modul aspreasasi muzikal, modul membaca dan menulis notasi masing-masing.


2.1.3          Aktiviti Muzik dijalankan

a.       Nyanyian
b.      Alat perkusi
c.       Muzik dan gerakan
d.      Rekoder
e.      Penghasilan muzik
f.        Penghasilan lirik
g.       Memgimprovisasikan muzik

2.1.4          Kemahiran Berfikir Aras Tinggi KBAT(lampiran)

2.1.5          Keputusan penting Kursus DSKP KSSR Muzik Tahun 6

a.       Menyediakan minit curia tentang KURSUS DSKP MUZIK Tahun 6
b.      Membuat latihan dalaman DSKP KSSR Tahun 6 kepada pelajar-pelajar tahun 6

Disediakan oleh


……………………………
(MOHD SAZLY  BIN SUDIN)
Ketua Panitia Muzik
SK Kompleks UDA , Johor Bahru
Tarikh: