Sunday 11 December 2011

semangatku...

Shahih al-Bukhori berkata : Sahl bin Saad berkata : Semasa bersama Rasulullah S.A.W menggali parit ( ketika Perang Khandak ) mereka menggali dan kami mengangkut tanah di atas bahu kami. Sambil itu, Rasulullah S.A.W menyebut-nyebut :

“ Ya Allah tiadalah kehidupan yang sebenarnya melainkan kehidupan Akhirat, maka ampunkanlah orang Muhajirin dan Ansar.”

Kemudian mereka menjawab kata-kata baginda itu :

Kamilah orangnya yang berjanji setia dengan Muhammad untuk berjihad sampai bila-bila selagi kami masih ada.” ( Riwayat daripada Anasi)

Menurut riwayat al-Barra’ bin Azib, Baginda mendendangkan syair-syair Ibnu Rawwahah sambil mengangkut tanah :

“Ya Allah kalau tidak kerana-Mu maka tidaklah kami mendapat petunjuk. Tidaklah kami bersedekah dan tidak juga kami bersolat.”

“Maka turunkanlah ketenteraman kepada kami. Dan teguhkanlah kaki-kaki kami jika kami bertemu musuh”
“Sesungguhnya musuh mengimpikan kami. Jika mereka mahu mencuba kami, kami tidak rela. KAMI TIDAK RELA!”

PERISTIWA PERANG KHANDAK. KOTA MADINAH. SYAWAL - ZULQAEDAH TAHUN  4 HIJRAH

No comments:

Post a Comment