Tuesday 21 February 2012

DINAR EMAS

     Saya selalu terfikir bagaimana hendak menyelamatkan nilai wang saya di kala wang kertas semakin hilang nilainya. Akhirnya Allah telah memberi idea kepada saya untuk membuat simpanan dalam bentuk emas yang mana harga nilaian emas tidak mungkin akan hilang seperti mana wang kertas. Walaupun ada segelintir orang sekeliling yang tidak setuju akan cara ini, saya berharap mereka akan sedar bertapa tinggi nilaian emas sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran. Tetapi niat saya bukanlah untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia, hanya untuk kemaslahatan saya dan keluarga di masa akan datang. Oleh itu, jika ada yang berminat untuk menukarkan wang simpanan mereka dalam bentuk emas sama ada jongkong emas atau, dinar emas atau barang perhiasan berasaskan emas, bolehlah nyatakan hasrat anda ada di sini.

     Saya sangat menggalakkan kepada pemuda atau pemudi yang ingin melangsungkan perkahwinan untuk menukarkan wang hantaran mereka, semua atau separuh daripadanya kepada bentuk emas. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang terpaksa membuat pinjaman untuk memulakan hidup baru. Inilah masanya untuk merancang ekonomi keluarga anda di mana anda akan sentiasa bergelut dengan hutang sama ada untuk membeli kereta, rumah dan sebagainya. Bagaimana pula dengan keperluan harian dengan harga barang yang semakin naik dan walaupun gaji kita juga naik, jumlah tanggungan kita juga semakin bertambah. Fikirkanlah...

      Saya bukan ingin melobi, tetapi ingin membantu di samping menambah pendapatan keluarga. Jika ada sebarang pertanyaan atau ada yang berminat tetapi masih takut untuk memulakannya boleh bertanya di ruangan komen. Saya sedia untuk memberi idea tetapi bukan untuk berbahas kerana jalan ini bukanlah paksaan atau ingin menolak mana-mana pandangan individu. Ini hanyalah buah pemikiran saya sebagai seorang manusia.

Sekian. Wallahua'lam....

No comments:

Post a Comment