Thursday 18 June 2015

Contoh Format Minit Curai



MINIT CURAI


Kepada                   : En Sari at bin Mokmin
                               Guru Besar SK Kompleks UDA, Johor Bahru.

Daripada                : Encik Mohd Sazly bin Sudin

Perkara                 : KURSUS DSKP KSSR PENDIDIKAN MUZIK/ TAHUN 6

Tarikh                    : 27-28 Mei 2015

Masa                     : 8.00 pagi -4.30 petang

Tempat                  : SK Perling 3,Johor Bahru

1.       LATAR BELAKANG KURSUS
Kursus KSSR Pendidikan Muzik tahun 6 ini dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia Unit Muzik, Putrajaya dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru. Seramai 98 orang Ketua Panitia Muzik peringkat Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru telah menghadiri kursus selama dua hari.

Tujuan utama Kursus KSSR Muzik/ Tahun 6, ini diadakan ialah untuk memberi maklumat dan pendedahan bagaimana hendak menjalankan  Pdp Muzik tahun 6 bagi tahun 2016.

2.       ISU ATAU MAKLUMAT PENTING

2.1   DSKP-satu dokumen yang mengintegrasikan kandungan kurikulum dan pentaksiran

2.1.1          Ada 5 standard kurikulum

a.       Modul Pengalaman Muzikal
b.      Modul Penghasilan Muzikal
c.       Modul Aspreasasi Muzikal
d.      Modul Membaca dan Menulis Notasi
e.      Nilai Murni dalam aktiviti muzik
f.        Buku Panduan DSKP
g.       Contoh RPH Muzik tahun 6 untuk 2016

2.1.2      Pentaksiran

Pentaksiran dalam muzik dimulakan dengan mengikut kesesuain murid berdasarkan modul yang disediakan. Sebanyak 60%  pemarkahan untuk modul pengalaman muzikal yang terbahagi kepada empat bahagian iaitu nyanyian,alat perkusi, muzik dan gerakan. Manakala 10 % modul penghasilan,modul penghasilan muzikal, modul aspreasasi muzikal, modul membaca dan menulis notasi masing-masing.


2.1.3          Aktiviti Muzik dijalankan

a.       Nyanyian
b.      Alat perkusi
c.       Muzik dan gerakan
d.      Rekoder
e.      Penghasilan muzik
f.        Penghasilan lirik
g.       Memgimprovisasikan muzik

2.1.4          Kemahiran Berfikir Aras Tinggi KBAT(lampiran)

2.1.5          Keputusan penting Kursus DSKP KSSR Muzik Tahun 6

a.       Menyediakan minit curia tentang KURSUS DSKP MUZIK Tahun 6
b.      Membuat latihan dalaman DSKP KSSR Tahun 6 kepada pelajar-pelajar tahun 6

Disediakan oleh


……………………………
(MOHD SAZLY  BIN SUDIN)
Ketua Panitia Muzik
SK Kompleks UDA , Johor Bahru
Tarikh:




Friday 29 August 2014

Pembakar Semangat Ketika Berdiet Atkins


Assalaamualaikum..

Sekarang ni tengah berhangat-hangat buat diet Atkins. (DA). Banyak kelaut daripada berAtkins.Setakat ni baru turun 7kg selama 4 bulan buat Atkins. Kalau ada yang berminat untuk menurunkan berat badan tapi tidak tahu diet mana yang sesuai dengan badan boleh cuba buat diet ni..mana tahu berkesan..boleh klik group ni ya >>> FB groupsatkinsmalaysia

Sebelum tu kena dalami ilmu untuk buat diet ini. Boleh baca dan fahami semua fail yang ada. Pastikan anda sudah klik dan baca semua fail yang ada di sini >>> Tentang Atkins

Ini di antara ayat-ayat dan pembakar semangat untuk buat diet Atkins. Yang ini pun dapat dari group. Sumber : https://www.facebook.com/groups/atkinsmalaysia/permalink/595676857225751/

Kenapa ada yang kecundang dengan DA?
Review by : Muhammad Docres.

1. Tidak Faham Asas Gemuk Akibat Karbohidrat dan Gula.
Fahami dulu kenapa carbs dan sugar memberi kegemukan pada anda. Bila sudah faham akan timbul motivasi untuk mengurangkan carbs dan gula dalam pemakanan anda. Fahami juga bahawa nasik sepinggan mempunyai 88g carbs, tiga kali makan sehari sudah 264 carbs anda makan suatu ketika dahulu sebelum ber DA.

2. Tidak Faham Asas DA.
Jika anda mengamalkan DA apa yang berlaku pada tubuh anda? ringkasnya DA adalah menyekat kemasukan gula dan carbs ke dalam tubuh anda dan dalam masa dua hari (disiplin yg terbaik/bergantung pada individu) tubuh anda tidak mempunyai carbs dan gula lagi untuk dibakar sebagai sumber tenaga lalu membakar lemak sebagai sumber tenaga.

3. Tidak Faham Asas Kebaikan Pemecahan Lemak sebagai Sumber Tenaga.
Apabila lemak dipecahkan (ketosis) maka ketone akan dihasilkan. Ketone adalah sumber tenaga utama untuk otak dan otot lebih baik daripada glucose. Apabila ketone digunakan sebagai sumber tenaga badan anda akan lebih bertenaga dan automatik anda kurang craving untuk nasik dan manisan. Ketone juga mempunyai kesan menstabilkan insulin dan kolestrol badan.

4. Ketidakfahaman Menjurus Ketidaksediaan.
Anda tidak faham bererti anda tidak bersedia. Masuk hari ke tiga ber DA anda akan mula rasa pening, loya dan berbagai simpton yang menyeksakan. Bagi orang yang faham asas mereka akan gembira kerana inilah masanya yang ditunggu-tunggu, proses ketosis akan bermula, lemak dibakar dan body cantik here i come. Tapi bagi mereka yang tidak faham, perkara ini sangat menyeksakan tambahan pula berat badan tidak juga turun-turun. Fahami dengan jelas tubuh anda menunjukkan tanda kehabisan carbs dan gula dan proses ketosis baru nak bermula, mana turun lagi berat badan tunggu la proses tu berjalan dulu seminggu dua.

5. Tidak Kurus Seperti Orang Lain
Melihat kepada post orang lain yang kehilangan 5kg dalam masa seminggu, tetapi anda langsung tidak turun berat badan. Bak kata pepatah sudahlah tersiksa, berat pula tidak turun. Perlu diingat bahawa kebanyakan mereka yang telah berjaya bukan mengambil masa seminggu dua. Ada yang 4 bulan malahan ada yang setahun. Dan mereka yang kurus cepat bukan berDA semata-mata, mereka push dengan senaman kardio yang menyeksakan. Kenapa senaman kardio menyeksakan? Kerana berbaring di atas sofa sambil menonton spongebob lebih sedap daripada senaman kardio.

6. Tidak Faham Kebaikan Senaman semasa DA
Dulu anda pernah juga bersenam tapi berat badan macam sama je tak berubah jugak lalu anda berputus asa. Ya itu dulu sebelum anda ber DA. Diwaktu anda tidak mengamalkan DA badan anda penuh carbs dan gula, lalu semasa senaman anda hanya membakar carbs dan gula tersebut bukannya membakar lemak. Sekarang anda ber DA, badan anda tiada carbs dan gula untuk dibakar sebagai tenaga semasa senaman, lalu perut buncit anda itulah dibakar dan anda pun kurus, cantik, beutiful dan wallawei bagai.

Sekian, wassalam.

Friday 7 March 2014

SKRIP / TEKS JURU ACARA PERTANDINGAN

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WA BARAKAATUH

ALHAMDULILLAHI RABBIL AALAMIN,
WASSALATU WASSALAMU ALA ASYRAFIL ANBIYYAI WAL MURSALIN,
WA A'LA AALIHI WA SAHBIHI AJMAI'IN.

Bersyukur kita ke hadrat ilahi dengan limpah dan kurniaanya dapat kita berkumpul di ……………………………….ini untuk mengadakan …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Bagi memulakan dan memberkati majlis marilah sama-sama kita mulakan dengan ummul-Kitab al-Fatihah.

Sebelum saya memulakan pertandingan ini, saya dengan ini memperkenalkan para barisan Hakim yang akan menghakimi pertandingan ....................................................  Mereka adalah seperti berikut 
:Ketua Hakim                       : _______________________________________
1.Hakim                                : __________________________________
2.Hakim                                : ____________________________________
3.Hakim                                :_______________________________

Seterusnya, saya menjemput Ketua Hakim , al-fadhil al-ustaz__________________________________ untuk menerangkan syarat-syaratpertandingan secara ringkas dan tepat., dengan segala hormatnya dipersilakan .

Hadirin sekalian,
pertandingan akan dimulakan dengan tilawah al-Quran peringkat sekolah rendah,
Dengan ini ,saya mempersilakan peserta yang pertama
Dipersilakan.

......................

terima kasih kepada peserta pertama dengan bacaannya sebentar tadi.

Baiklah kita teruskan lagi pertandingan kita dengan peserta yg kedua.
Dipersilakan.

....................

Shodaqallahul-a'zim,
terima kasih kepada peserta yang kedua dengan bacaannya sebentar tadi.

Peserta yang pertama yang telah membuatpersembahan tadi adalah :]
Nama : ……………………………………………………….
Dari Daerah: ………………………………………………

Selesai sudah Pertandingan Tilawah peringkat sekolah rendah, kita teruskan lagi dengan Pertandingan Tilawah al-Quran bagi peringkat sekolah menengah pula,

Tanpa melengahkan masa lagi , dengan ini ,saya mempersilakan peserta yang pertama adik ____________________________________ yang akan memperdengarkan bacaan ayat dari surah _________________ayat_____________.
Dipersilakan.

......................

Shodaqallahul-a'zim,
terima kasih kepada adik______________________________ dengan bacaannya sebentar tadi.
Baiklah kita teruskan lagi pertandingan kita dengan peserta yg ___________ adik _________________ yang akan memperdengarkan bacaan ayat dari surah _________________ayat_____________.
Dipersilakan.

...........................

Shodaqallahul-a'zim,
terima kasih kepada adik______________________________ dengan bacaannya sebentar tadi.

Alhamdullillah..setelah kita dipedengarkan dengan bacaan seramai 16 orang peserta tadi, maka selesailah majlis kita pada hari ini. Semoga kita sentiasa mendapatkan rahmat dan keberkatan dengan mukjizat al-alquran,,insyaaAllah.

Sebelum itu diingatkan kepada semua peserta untuk menunngu dan bersedia di dewan untuk majlis penutup Majlis Tilawah Al-Quran dan Festival Nasyid tahun 2014

.
Kita tutup majlis kita dengan surah al-Asr dan Tasbih kaffarah.
wabillahi taufiq wal hidayah
wassamualaikum warahmatullahi wabaraakatuh