Monday 22 October 2012

Selamatkan bumi kita : Konsep Pengurangan

DEFINISI

Pengurangan bermaksud mengurangkan dan mengelakkan daripada membeli barang yang tidak diperlukan. Ianya juga bermaksud pencegahan/pengurangan sisa atau pengurangan sumber dimana penggunaan dan pembuangan barang-barang dikurangkan. Ini termasuklah :
  • Membeli barang yang tahan lama dan tahan lasak,
  • Membeli barang-barang yang dibungkus dari bahan bebas toksik,
  • Mereka bentuk produk supaya mengurangkan penggunaan bahan mentah, mempunyai jangka hayat yang panjang atau boleh diguna pakai semula.
MENGAPA KITA PERLU MENGURANGKAN SISA?
Pengurangan sisa sebenarnya adalah satu cara untuk mengelakkan penghasilan sisa, jadi ianya merupakan kaedah yang sesuai dalam pengurusan sisa serta dapat memelihara alam sekitar.

CARA-CARA UNTUK MENGURANGKAN SISA.
a) Mengurangkan penggunaan plastik. 1/3 daripada komposisi sisa ialah bahan plastik pembungkus.
  • Beli barangan dengan pembungkus yang boleh di kitar semula atau yang diperbuat daripada bahan-bahan kitar semula.
  • Penggunaan beg plastik tidak digalakkan jika anda membeli barang dalam kuantiti yang sedikit.

b) Apabila anda membuat sedikit perubahan pada senarai pembelian, secara tidak langsung anda mengurangkan jumlah sisa yang dihasilkan dari rumah atau sekitarnya.

c) Anda boleh mengurangkan jumlah sisa yang terhasil dengan memilih jenis sisa yang dibuang. Ini adalah satu proses yang senang dan mudah dimana anda hanya perlu mengikuti panduan mudah seperti di bawah bagi mengurangkan sisa anda di rumah, sekolah ataupun di tempat kerja.

Beli apa yang anda perlu
Elakkan pembelian barang yang tidak diperlukan untuk mengurangkan penghasilan sisa. Barang-barang yang jarang digunakan boleh dipinjam atau dikongsi dengan orang lain.

Beli barang yang boleh digunakan semula
Beli produk berasaskan botol kaca atau tin dan bateri yang boleh dicas semula. Barang — barang seperti ini boleh digunakan berulang kali, seterusnya mengurangkan penghasilan sisa.

Beli pembersih rumah serba guna
Ianya lebih menjimatkan dan menguntungkan daripada membeli banyak jenis pembersih rumah.

Beli barangan dalam bungkusan yang sedikitIa dapat mengurangkan pembuangan bungkusan dalam tong sampah anda. Untuk barang yang selalu digunakan, beli dalam kuantiti yang banyak kerana ianya dapat menjimatkan wang anda serta mengurangkan pembungkusan.
Jual atau derma barang — barang yang tidak diperlukan
Menderma/memberi barang-barang yang tidak perlu kepada keluarga, kawan atau jiran dapat mengurangkan sampah. Anda juga boleh menjual barang kepunyaan anda melalui jualan car-boot untuk memperoleh wang tambahan.
Mengurangkan penggunaan kertas dengan membatalkan surat yang tidak diperlukan Kita dapat mengurangkan penggunaan kertas dengan membayar bil secara on-line.

Mengurangkan pembelian produk yang mengandungi bahan-bahan merbahaya Kebanyakan barang-barang berbahaya seperti racun perosak tidak boleh dikitar semula kerana mengandungi bahan kimia. Kurangkan membeli barang-barang berbahaya seperti ini.

Sebolehnya beli barang yang tidak bertoksik
Kebanyakan barang yang bertoksik seperti minyak motor dan racun pemusnah serangga tidak boleh digunakan semula.

Cari kaedah selamat bagi barangan rumah yang merbahaya
'Baking soda' dan cuka boleh digunakan sebagai bahan pencuci di rumah. Minyak zaitun dan jus limau adalah alternatif bagi penggilap perabot kimia dan penggunaan lilin wangi sebagai ganti kepada alat penyegar udara kimia. 

Wednesday 26 September 2012

sEMBUH tUMOR / kANSER TANPa kEMOTeRAPI..



Assalamualaikum...


Ini adalah pengalaman saya menghadapi anak yg mengalami kanser.(hepatoblastoma)..Sudah setahun berlalu dan masih berharap agar ianya tidak akan berulang kembali. Anak saya menjalani pembedahan tetapi tidak melakukan kemoterapi. Kenapa?

1. Saya tidak mahu anak saya sembuh dalam keadaan yg tidak sihat.
2. Katanya, peluang untuk sembuh dengan kemoterapi adalah 70%, malah ubat-ubatnya pula berisiko untuk mendatangkan penyakit-penyakit lain. 
3. Saya boleh mengusahakan sesuatu yg lain yg lebih selamat dan mujarab.
4. Dan yang paling penting, doa sy supaya Allah Taala memberikan kami pilihan yg terbaik buat anak saya dan melalui kekuatan yang telah diberikan itulah kami memilih untuk tidak melakukannya.



Berikut di antara usaha2 yg boleh dilakukan sebelum mengambil keputusan untuk melakukan kemoterapi. Anda boleh cuba, ini hanya melalui pengalaman shj, tiada fakta yg tepat sebagai rujukan...

1. Berdoa dengan merendahkan diri pada Allah. Mohonlah keampunan kepadaNya dan pohonlah 1000 ikhtiar supaya kita diberikan jalan yang terbaik. Berdoalah pd setiap ketika terutamanya ketika waktu2 mustajab untuk berdoa contohnya di sepertiga malam atau waktu di antara azan dan iqomah.

2.Redho sentiasa dengan apa yang Allah hendak/ telah berikan kepada kita. Anggaplah ia sebagai satu ujian atau balasan buat kita. Redho juga jika Tuhan tidak memberikan kesembuhan kepada kita. Sesungguhnya itu pilihan yg terbaik buat kita. 

3. Meminta nasihat2 dari orang2 sekeliling dan BUAT PERTIMBANGAN kerana di waktu pasti banyak nasihat yg akan datang kepada kita tanpa dipinta. Dan ini akan membuatkan kita stress dan bercelaru untuk membuat keputusan yang sewajarnya.

4. Membanyakkan bacaan al-Quran contohnya surah Yaasin dan surah al-Waqiah. Bacaan2 al-Quran ini ternyata memudahkan pembedahan yang dijalankan.  Berkat  bacaan al-Quran yg dibaca sepanjang pembedahan , pembedahan yang sepatutnya berjalan selama 6 jam hanya mengambil masa selama 3 jam..Alhamdulillah,,Allah mudahkan segalanya.

5. Bina kekuatan untuk menolak rawatan dengan cara yang baik.. 



Setelah itu, barulah rawatan susulan secara alternatif kami jalankan,,

1. Berpantang makan. Tidak boleh makan yg manis dan berlemak kerana itu adalah makanan kanser.

2. Makan madu dan habbatussauda satu hari 3 kali. Berpuasa 1/2 jam sebelum dan selepas makan. Baca al-Fatihah pada air madu dan baca selawat dan niatkan sebelum beri makan madu dan habbatussauda.

3. Menjalani kehidupan yang aktif dan gembira.

4. Minum air zam-zam, oleh kerana susah nak dapat hanya amalkan air yang bertapis 
    menggunakan penapis al-Jabbar sebab kalau tak guna penapis air sangat kotor.

5. Kalau nak minum air manis, pilih yang jus seperti jus kurma, jus yang blend sendiri  atau air madu dan pastikan ianya kurang manis.

6. Teruskan berdoa. Pantang ada orang pergi haji atau umrah, pasti kirim doa untuk dibacakan di sana. Teruskan bacaan2 al-Quran yang dikhususkan untuk pesakit supaya sembuh.

7. Kurangkan makan ayam sebab sekarang byk ayam cucuk. klu nak makan ayam, beli ayam organik.

8. Buat pemeriksaan doktor pakar secara berkala.

Sebenarnya byk lagi rawatan2 alternatif yang boleh dijalankan. Tapi ini sahaja yang saya mampu buat itu pun kadang2 terlupa dan kanak-kanak memang suka makan dan minum yang manis2. Kadang2 bagi juga tapi kena hadkan sedikit makanan2 yang tak boleh makan. Alhamdulillah setakat ini, doktor telah sahkan anak saya sembuh. Mudah-mudahan dia akan sentiasa sihat dan ceria selalu seperti anak2 yang lain dan mnjadi anak yang solehah.. Insyaallah.


>>>PROMOSI TSHIRT MUSLIMAH>>LESS 15% >>>

Friday 15 June 2012

Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2012

>>>PROMOSI TSHIRT MUSLIMAH>>LESS 15%  >>>


Assalamualaikum.,,,,

Saya sangat berminat dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Di antara aktiviti-aktiviti alam sekitar yang saya amalkan di rumah adalah mengasingkan sampah mengikut jenis, mengitar semula barang-barang terpakai, menanam sisa makanan menjadi tanah kompos, menanam pokok serta mengurangkan penggunaan lampu dan elektrik bagi mengurangkan pemanasan global.

Mari semua, kita lihat aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2012, Aktiviti- aktiviti yang telah / akan dijalankan oleh JAS adalah seperti berikut :

1) Penyiaran Mesej Amalan Mesra Alam di radio mulai 21 Mei 2012.
2) Majlis Penganugerahan Wira Alam, Pelancaran Modul Kesedaran Alam Sekitar Prasekolah dan Penyerahan Tong Baja Kompos pada 24 Mei 2012, Putrajaya :
3) Sesi Temubual Ketua Pengarah Alam Sekitar Malaysia mengenai Hari Alam Sekitar Sedunia di RTM 1 pada 31 Mei 2012.
4) Terbitan Mesej Hari Alam Sekitar Sedunia Daripada YB Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar di News Straits Times dan Berita Harian pada 5 Jun 2012.
5) Pertandingan Debat Alam Sekitar Antara IPT kali ke-22 di Universiti Malaya pada 29 Jun – 3 Julai 2012.
6) Karnival Hijau Alam Sekitar ( Kayuhan Hijau, Persembahan Sekolah Lestari, Pameran Alam Sekitar, Green Sale, Pertandingan Kanak-kanak, Kempen Kitar Semula Sisa Buangan Elektronik, e-waste, Penanaman Pokok, Seminar) di peringkat JAS Negeri pada bulan Jun 2012.
        

Thursday 7 June 2012

BerHati-Hatilah: Rahsia kekal 60 tahun berkahwin..

BerHati-Hatilah: Rahsia kekal 60 tahun berkahwin..: . . Sudah 60 tahun mereka membina mahligai perkahwinan. Selama itu tidak ada apa-apa rahsia antara mereka berdua melainkan sebuah kotak kepunyaan si isteri. Kotak itu berada di atas almari. Sejak mereka berkahwin, si suami tidak pernah membuka kotak tersebut. Beliau amat memelihara perjanjian antaranya dengan isterinya agar tidak membuka kotak kepunyaan isterinya itu.

Hinggalah pada suatu hari, si isteri jatuh sakit dan doktor yang memeriksa mengesahkan bahawa isterinya akan hidup untuk beberapa hari. Lalu si suami  tertunduk sedih. Kemudian beliau memalingkan wajah dari isterinya kerana tidak sanggup mempamerkan kesedihannya di hadapan isterinya. Namun palingan wajahnya menyorot ke sebuah kotak di atas almari . Si suami meminta izin isterinya untuk melihat apa yang ada di dalam kotak tersebut. Si isteri memberi kebenaran, lalu si suami bangun dan mengambil kotak tersebut.

Apabila dibuka, si suami melihat di dalam kotak terdapat 2 anak patung kecil yang diperbuat dari kain perca, beberapa jarum dan benang dan di bawah patung itu terdapat duit sebanyak 25 ribu dolar.

Si suami bertanya : Apa rahsia anak patung ini?

Isteri : ketika aku baru berkahwin, nenekku ada memberikan satu tips untuk mengekalkan kebahagiaan dalam rumahtangga. Nenekku berkata bahawa rahsiannya ialah mengatasi rasa marah dan kuat berleter. Apabila aku marah maka aku akan membuat anak patung dengan kain perca, jarum dan benang.

Si suami sungguh terharu dengan kesabaran isterinya dan berkata di dalam hati :

”Selama aku berkahwin hanya 2 kali sahaja aku membuat isteriku merasa sangat marah”

Dalam diam itu juga ia merasa bangga dengan dirinya yang mampu memberi kebahagiaan dan tidak banyak menimbulkan kemarahan isterinya.

Hebatkan!

Memang hebat, mungkin inilah pasangan paling bertuah. Tapi kisah di atas belum selesai. Nak tahu kisah seterusnya?...

hmm


kita sambung kisah di atas... 
walaupun tidak ada permintaan untuk disambung...





Setelah itu si suami bertanya : Apa pula dengan duit sebanyak 25 ribu dolar ini? 


Isteri : itulah hasil jualan anak-anak patung yang saya kumpul selama 60 tahun ini.

hehe.. rupanya banyak bebenor marahnye si isteri... tapi apa pun marah tu dapat gak dijadikan duit.


Sumber :http://ustfuadosman.blogspot.com/search/label/Adab%20suami%20isteri




Friday 1 June 2012

Sedihnya tengok kekejaman di Syria...= (



Assalamualaikum warahmatullah...


Ya Allah,,,sedihnya dan tidak sampai hati tengok kekejaman yang berlaku di Syria. Ramai orang jadi mangsa. Yang tak sampai hati nak tengok jasad anak-anak kecil yang dibunuh dengan kejam..Allahuakbar.. 


Untuk mengetahui tentang bumi Syria dan gambar-gambar kekejaman yang berlaku boleh tengok di link-link di bawah..


http://www.facebook.com/syria.care


http://myibrah.com/berita-di-syria


http://www.melurhasanah.com/2012/02/cerita-tentang-syria.html


Mari sama-sama kita doakan untuk rakyat-rakyat dan keamanan di bumi Syria..Mudah-mudahan kekejaman ini akan cepat berakhir.. Allahuakbar!!!

Friday 25 May 2012

Ahla Wa Sahla ya Shahra Rajab..





Assalamualaikum semua,,

Bulan Rejab adalah bulan keampunan. Jadi mari sama-sama kita dalami ilmu kita tentang taubat dan sama-samalah kita berusaha untuk memohon pengampunan dari pada Allah Subhanahu waTaala..

Allahuakbar rasa beratnya hati dan anggota badan saya dengan dosa-dosa. 

Ya Allah aku mohon pengampunan dari-Mu Ya Allah..ampunilah dosa kami sekeluarga di dunia dan akhirat..Jauhilah kami dari dosa dan kejahatan....Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun..

AMALAN KETIKA BULAN REJAB..
https://shafiqolbu.wordpress.com/2011/06/05/amalan-sepanjang-bulan-rejab/ 




Thursday 17 May 2012

Tentang Kanser

 


Selepas setahun memberitahu orang bahawa Kemoterapi ialah satu-satunya cara untuk menghapuskan kanser, Johns Hopkins, akhirnya mula untuk memberitahu kepa anda semua bahawa ada jalan alternatif untuk menghapuskan kanser,,, [Kanser Update dari Johns Hopkins]

1. Tiap-tiap orang mempunyai sel-sel kanser dalam badan. Sel-sel kanser tidak muncul dalam ujian standard sehingga mereka telah didarab dengan
beberapa bilion .Apabila doktor memberitahu pesakit kanser bahawa sel-sel kanser  tiada lagi dalam badan mereka selepas rawatan, ia hanya bermaksud ujian tidak dapat mengesan sel-sel kanser kerana mereka telah tidak mencapai saiz yang dapat dikesan.

2. Sel-sel kanser wujud antara 6 atau lebih daripada 10 kali dalam seumur hidup orang.


3. Apabila sistem imun orang yang kuat sel-sel kanser akan dimusnahkan dan dicegah daripada membiak dan membentuk tumor.


4. Apabila seseorang mempunyai penyakit kanser, ini menunjukkan orang yang mempunyai pelbagai kekurangan zat pemakanan. Ini mungkin disebabkan oleh genetik, alam sekitar, makanan dan faktor-faktor gaya hidup.


5. Untuk mengatasi kekurangan pemakanan yang pelbagai, perubahan diet dan termasuk makanan tambahan akan menguatkan sistem imun.


6. Kemoterapi akan meracuni sel-sel kanser yang berkembang pesat dan juga memusnahkan dengan cepat pertumbuhan sel-sel yang sihat di dalam sumsum tulang, saluran gastro-usus dan sebagainya, dan boleh menyebabkan kerosakan organ seperti hati, buah pinggang, jantung, paru-paru dan sebagainya.


7. Radiasi di samping merosakkan sel-sel kanser, ia juga juga terbakar, meninggalkan parut danmerosakan sel-sel yang sihat, tisu-tisu badan dan organ.


8. Rawatan awal dengan kemoterapi dan radiasi biasanya akan mengurangkan saiz tumor. Walau bagaimanapun, penggunaan kemoterapi dan radiasi yang berpanjangan tidak menyebabkan kemusnahan tumor yang lebih.


9. Apabila tubuh mempunyai  terlalu banyak toksik daripada kemoterapi dan radiasi, sistem imun boleh musnah, maka orang itu boleh tunduk kepada pelbagai jangkitan dan komplikasi.


10. Kemoterapi dan radiasi boleh menyebabkan sel-sel kanser bermutasi dan menjadi kebal dan sukar untuk memusnahkan. Pembedahan juga boleh menyebabkan sel-sel kanser merebak ke tempat lain.11. Satu cara yang berkesan untuk melawan kanser adalah dengan  dengan tidak memberi makan 
sel-sel kanser dengan makanan yang diperlukan.


Apakah makanan sel-sel kanser :a. Gula ialah makanan kanser . Dengan menyekat gula, ia memotong satu bekalan makanan penting untuk sel-sel kanser. Nota: pengganti Gula seperti NutaSweet, Equal,  sebagainya, dibuat daripada Aspartam dan ia adalah berbahaya. Pengganti yang lebih baik dan semulajadi adalah madu Manuka atau molases tetapi hanya dalam jumlah yang sangat kecil. Garam pula terdapat bahan kimia yang ditambah untuk membuat ia berwarna putih. Alternatif yang lebih baik ialah Bragg aminos atau laut garam.b. Susu menyebabkan tubuh untuk menghasilkan mukus, terutamanya dalam saluran gastro-usus. Kanser memakan mukus. Dengan menghentikan pengambilan susu dan menggantikan dengan susu soya tanpa gula, sel-sel kanser akan kebuluran.

c. Sel-sel kanser subur dalam persekitaran berasid. Diet berasaskan daging adalah berasid dan ia adalah yang terbaik untuk makan ikan, dan ayam sedikit dan bukannya daging lembu atau daging babi. Daging juga mengandungi antibiotik ternakan, hormon pertumbuhan dan parasit, yang semua berbahaya, terutama kepada orang yang menghidapi kanser.


d. Diet yang dibuat sayur-sayuran 80% segar dan jus, bijirin penuh, biji benih, kacang dan buah-buahan yang sedikit membantu meletakkan badan ke dalam persekitaran yang beralkali. Kira-kira 20% dari makanan yang telah dimasak termasuk kacang. Jus sayur-sayuran segar menyediakan enzim hidup yang mudah diserap dan sampai ke tahap selular dalam masa 15 minit untuk menyuburkan dan meningkatkan pertumbuhan sel-sel yang sihat.Untuk mendapatkan enzim hidup untuk membina sel-sel yang sihat cuba minum jus sayur-sayuran segar (kebanyakan sayur-sayuran termasuk taugeh) dan makan beberapa sayur-sayuran mentah 2 atau 3 kali sehari. Enzim dimusnahkan pada suhu 104 darjah F (40 darjah C).


e. Elakkan kopi, teh, dan coklat, yang mempunyai kafein yang tinggi. Teh hijau adalah alternatif yang lebih baik dan mempunyai sifat melawan kanser. Air - terbaik untuk minum air tulen, atau ditapis, untuk mengelakkan dikenali toksin dan logam berat dalam air paip. Air suling adalah berasid, elakkan.


12. Protein daging sukar dihadam dan memerlukan banyak enzim penghadaman. 
Baki daging yg belum dicernakan  dalam usus akan menjadi putrified dan membawa kepada pembentukan toksik yang lebih.

13. Dinding sel kanser mempunyai penutup protein yang sukar. Dengan tidak atau makan daging kurang ia membebaskan lebih banyak enzim untuk menyerang dinding protein sel-sel kanser dan membolehkan sel-sel pembunuh badan untuk memusnahkan sel-sel kanser.


14. Sesetengah makanan tambahan membina sistem imun (IP6, Flor-ssence, Essiac, anti-oksida, vitamin, mineral, EFA dan sebagainya) untuk membolehkan sel-sel pembunuh sendiri badan untuk memusnahkan sel-sel kanser. Tambahan lain seperti vitamin E diketahui menyebabkan apoptosis, atau kematian sel diprogram, kaedah biasa badan melupuskan sel-sel yang rosak, yang tidak diingini, atau yang tidak diperlukan boleh dibuang.


15. Kanser adalah satu penyakit minda, badan dan semangat. Satu semangat yang proaktif dan positif akan membantu pahlawan kanser menjadi terselamat. Kemarahan, tidak bertimbang rasa dan kepahitan meletakkan tubuh ke dalam persekitaran yang penuh tekanan dan berasid. Belajar untuk mempunyai semangat kasih sayang dan pemaaf. Belajar untuk bersantai dan menikmati hidup.


16. Sel-sel kanser tidak dapat berkembang dalam persekitaran oksigen. Bersenam setiap hari, dan bernafas dalam membantu untuk mendapatkan lebih banyak oksigen ke tahap sel. Terapi oksigen adalah satu lagi cara yang digunakan untuk memusnahkan sel-sel kanser.



Sumber : Facebook Rian Oliveros 

Friday 20 April 2012

BerHati-Hatilah: Pandanglah yang Halal nescaya Bersinar matahatimu

KREDIT : BerHati-Hatilah: Pandanglah yang Halal nescaya Bersinar matahatimu:
 
Ibnu Mas'ud r.a. : Pada setiap pandangan itu ada habuan makanan bagi syaitan  .

Ibnu Abbas r.a. : Syaitan duduk pada golongan lelaki itu pada tiga tempat. Di pandangannya, hatinya dan kemaluannya.Dan ia menduduki tiga tempat pada wanita. Pada pandangannya, hatinya dan di belakangnya.

Ibnu Abbas mengulas pada ayat :"Dia mengetahui mata-mata yang khianat" ( Ghafir :19)
Ialah seorang lelaki yang apabila ada wanita berjalan di kalangan satu kaum, ia akan tundukkan pandangan, namun apabila tiada yang perasan lantas ia mencuri pandangan kepada wanita tadi.Jika ia takut ada yang perasan, ia menundukkan pandangan. Sesungguhnya Allah dapat melihat bahawa dalam hati lelaki itu keinginan untuk menilik aurat wanita tersebut.

Nabi Isa a.a. : Pandangan boleh membangkitkan syahwat. Cukuplah ia suatu kesalahan.

 Ma'ruf Al Khurkhi : Tundukkan pandangan kamu walaupun pada kambing betina"

 Zun Nun Misri : Beberapa pandangan menerbitkan kehampaan. Bermula dengan kekesalan dan berakhir dengan kehilangan.Barangsiapa yang akur dengan pandangan matanya akan mengikut kebinasaannya.

Ar Rabei' bin Khuthaim kebiasaanya menundukkan pandangan apabila ia melalui kawasan yang ada wanita. Hinggakan ada yang menyangka ia seorang buta.

Suatu hari Hasan bin Sinan keluar di pagi raya. Ketika balik semula ke rumah. isterinya bertanya : Berapa ramai perempuan cantik dapat kamu lihat hari ini? Ia menjawab : Demi Allah, Semenjak aku keluar hingga aku masuk ke rumah semula aku hanya melihat hujung jari kaki ku

Amru bin Murrah : Aku melihat seorang wanita dan tertarik dengannya. Akhirnya mataku hilang penglihatan. Aku harap itulah balasan dari perbuatanku.

Huzaifah r.a.:Barangsiapa yang mengamat-amati bentuk tubuh wanita di sebalik pakaiannya maka ia telah membatalkan puasanya.

Abu Hurairah berkata : Rasulullah bersabda : "Jika ada sesiapa yang mengendap rumah seseorang tanpa keizinan, maka kamu baling ia dengan batu kecil menyebabkan ia buta nescaya kamu tidak bersalah sama sekali."Hadis Sahih yang disepakati.

Sujak Al Karamany : Barangsiapa yang menjaga zahirnya dengan mengikut sunah,batinnya dengan bermuraqabah, menundukkan pandangan dari perkara yang diharamkan,mengawal diri dari mengikut syahwat dan makan makanan yang halal nescaya firasatnya pasti benar.

Al Hasan bin Mujahid : Tundukkan pandanganmu dari perkara yang diharamkan Allah nescaya kamu mewarisi kasih sayang Allah.

Abu Husain Al Warraq : Barangsiapa menundukkan pandangan dari perkara haram nescaya dia diwariskan oleh Allah Ilmu Hikmah di lidahnya dan diberi hidayah pada yang mendengar percakapannya.



Bala tidak menjaga mata dari perkara yang haram:
  1. Rosak hati
  2. Lupa Ilmu
  3. Terima bencana
  4. Lupa pada Allah dan Akhirat
  5. Hilang hak syarak pada mata yang mengintip rumah orang

Faedah menjaga mata : (Ibnu Qayyim r.h.a):
  1. Membebaskan diri dari rasa kekesalan
  2. Mewarisi cahaya di dalam hati dan memberi seri pada wajah
  3. Mewarisi firasat yang betul.
  4. Dibuka pintu ilmu
  5. Mewarisi kekuatan hati dan tidak goyah.
  6. Melahirkan rasa damai dan kegembiraan
  7. Menyelamatkan diri dari tawanan hawa nafsu
  8. Menutup satu pintu dari pintu neraka jahannam.
  9. Mencerdaskan akal dan menguatkannya
  10. Mengelakan hati dari godaan syahwat dan kelalaian
  11. Mendapat cinta Allah
  12. MewarisiIlmu Hikmah 
Kata ustazku : "Kalau ente jaga mata, nanti Allah kurniakan ente wanita yang pasti menjadi idaman ente"

Thursday 19 April 2012

Nama-nama Anak

               Adalah disunatkan seorang anak yang baru dilahirkan untuk diberikan nama-nama yang baik. Amalan menamakan bayi dengan nama yang baik ini adalah salah satu daripada tanggungjawab yang penting bagi ibu bapa selain daripada amalan mengazan dan mengiqamahkan bayi, mentahnik dengan manisan, mencukur rambut bayi dan ditimbang mengikut sukatan perak dan nilaiannya disedekahkan serta mengkhatankan bayi.

                  Hadith Nabi S.A.W ada menyatakan sebaik-baik nama adalah Abdullah dan Abdul Rahman. Anak-anak juga digalakkan dinamakan dengan nama-nama para nabi, sahabat-sahabat dan golongan-golongan orang yang soleh. Ini adalah sebagai doa kita untuk anak-anak supaya mereka akan menjadi soleh, cantik dan indah akhlaknya seindah nama mereka. Berikut saya senaraikan di antara nama-nama para sahabat, pejuang-pejuang Islam, tokoh-tokoh cendiakiawan Islam dan wanita-wanita solehah.

Nama Sahabat-sahabat Nabi Muhammad S.A.W :

1. Abu Bakar asSiddiq
2. Umar alKhattab
3. Uthman bin Affan
4. Ali bin Abi Talib
5. Abu Hurairah. Nama sebenarnya Abdul Rahman
6. Muaz bin Jabal
7. Abdul Rahman bin Auf

Nama-nama pejuang Islam :

1. Bilal bin Rabah
2. Sumayyah binti Khabbab (nama anak saya..Sumayyah Humairah: )...)
3. Ammar bin Yassir
4. Khalid bin alWalid
5. Abdullah bin Zubair
6.Thariq bin Ziyad

Tokoh-tokoh cendekiawan Islam :

1. Imam Malik
2. Imam Abu Hanifah. Nama sebenarnya Nu'man bin Thabit
3. Iman asSyafie. Nama sebenarnya Muhammad bin Idris
4. Imam Ahmad bin Hanbal. Nama sebenarnya Ahmad bin Muhammad bin Hanbal (Nama anak saya yang kedua Ahmad Hambali...tersilap eja sikit..huhu)
5. Ibnu Sina. Nama sebenarnya Abu Ali alHusin bin Abdullah
6. Ibnu Rusydi. Nama sebenarnya Abu Walid Muhammad bin Ahmad bin Rusyd
7. Ibnu Khaldun. Nama sebenarnya Abdul Rahman bin Muhammad

Wanita-wanita Solehah (termaktub dalam hadith Nabi riwayat Bukhari) :

1. Fatimah Azzahra
2. Asiah binti Mazahim
3. Maryam binti Imran
4. Khadijah binti Khuwailid

Sumber : Ensiklopedia Islam Junior, Tokoh-tokoh yang Menjiwai Islam


Thursday 22 March 2012

Indahnya alam....

    

Indahnya alam ciptaan Tuhan,
Bagaimana hati tak terasa tenang
dengan keindahan alam yang dijadikanNya
dengan seribu dan sejuta kesenian.

Ya Allah, indahnya ciptaan Mu,
Berikanlah ketenangan jiwa padaku
hapuskan kegusaran dalam hatiku
berkah ku menghayati keajaiban makhlukMu

Ya Allah,
Kau memang indah, sukakan keindahan 
dan menciptakan segala yang indah.
Semoga aku menjadi yang indah di antara yang indah2 di muka bumi ini.

Tenangkanlah hati ku Ya Allah...
Ampunkan dosaku Ya Allah..
Jauhkan aku dari kelalaian
Sesungguhnya Engkau yang berkuasa terhadap hamba2Mu yang lemah lagi dhaif ini..
Amin..