Wednesday 14 March 2012

Hepatoblastoma= kanser hati kanak-kanak

     Pernahkah anda dengar tentang HEPATOBLASTOMA?  Itulah perkataan yang menjadi igauan kami sekeluarga (sazly dan azian) apabila sumayyah disahkan menghidapi hepatoblastoma...tak sampai hati untuk menyebut perkataan kanser..sanagt sedih dan bimbang bagaimana nasib sumayyah. Panjang kah umurnya? Dapatkah kami untuk membesarkan dan melihat sumayyah bersekolah dan pelbagai persoalan timbul. Tapi kami kuatkan juga hati dan diri untuk terima dugaan ini.

    Hepatoblastoma adalah kanser hati yang menyerang kanak-kanak atau bayi. iaitu ketumbuhan yang tumbuh pada hati seseorang kanak-kanak. Ketumbuhan ini terbentuk sama ada pada satu tempat sahaja atau bertompok-tompok pada banyak tempat. Alhamdulillah, sis (ketumbuhan) pada hati sumayyah jenis yang tumbuh pada satu tempat sahaja iaitu pada hati kirinya. (Contoh gambar sis pada lobe kanan hati). Jadi sis ini lebih mudah untuk dibuang melalui pembedahan.

 hepatoblastoma with annotations

      Hepatoblastoma adalah kes terpencil yang mana sangat jarang berlaku iaitu 1:1.5juta kanak-kanak. Puncanya dikatakan adalah daripada pengambilan pil-pil hormon tetapi punca sebenarnya pun tidak diketahui mungkin faktor persekitaran kita, pemakanan atau sebab2 yang kita tak tahu.(ujian tuhan pada hambanya). Beza sis biasa dengan kanser adalah sel kanser merebak sangat cepat pada organ2 lain dan boleh menyebabkan maut kerana ia menganggu sistem badan manusia. Tetapi sis biasa hanya membesar dan tidak mengganggu sistem badan. Sebab tu kita ada nampak orang yang ada ketumbuhan tapi dia tak dibuang sebab itu bukan kanser tapi sis biasa. Kalau nak tahu kanser atau tidak adalah melalui ujian darah Alphafetoprotein (APF).Seorang manusia normal APF nya >4, tapi sumayyah APF nya 110 000. Itu yang mengesahkan bahawa dia menghidap Hepatoblastoma.

      Allahuakbar..saya harap info ini dapat memberi manfaat kepada pembaca kerana sangat sedikit info tentang penyakit ini yang ditulis dalam bahasa melayu. Mujur ada ahli keluarga yang jadi doktor dapat beri info dan khidmat nasihat..Terima kasih kepada Dr Suzee dan Dr Ahmad Nazmi kerana banyak membantu dalam kami menghadapi dugaan ini. Terima kasih juga diucapkan kepada ahli keluarga Hj Mohamad bin Aris dan Hj Sudin bin Adnan, sahabat handai, kerana doa kalian, Allah telah memberi kesembuhan pada Nur Sumayyah Humairah binti Mohd Sazly.
   
        Syukur Alhamdulillah yang tidak terhingga kehadrat ilahi, dan rasanya tidak cukup hanya ucapan sahaja untuk merasa nikmat kesembuhan Sumayyah yang Dikau bagi ya Allah...Lapang rasa dada bila hari ini (14.03.2012) Sumayyah bebas daripada CVL nya (wayar untuk masukkan ubat kemoterapi). APF sumayyah juga sudah capai 6.6 ketika buat ujian darah pada 6.3.2012. Semoga Sumayyah terus sihat, dipanjangkan umurnya dan jadi anak yang solehah.Amin...

>>>PROMOSI TSHIRT MUSLIMAH>>LESS 15%  >>>

9 comments:

  1. Alhamdulillah..macam mana kesihatan Sumayyah sekarang?

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..sumayyah sudah sembuh..tapi susah jugak nk kawal pemakanan dia sebab dah besar dan nak makan macam-macam..doakan sumayyah,,,mudah-mudahan anakanda saya makin sihat dan jadi anak yang berbakti kepad agama Allah insayaa Allah..amin.

    ReplyDelete
  3. Insyaallah.. sis, sebenarnya anak saya juga menghidapi Hepotoblastoma. umurnya 6 th. doc xdapat untuk buang sbb terlalu besar (7cm x 8cm).jadi isnin depan anak saya perlu buat rawatan kimo terlebih dahulu selama 4 sesi.. Semoga Allah beri kekuatan pada kami sekeluarga terutama puteri saya siti salwa...

    ReplyDelete
  4. sis knkventures,,mcm mana dengan anak? harap-harap anak sis sihat selepas wat kimo..sementara tu boleh amalkan amalan2 di entry sembuh kanser tanpa kimo.terutama amalan madu dan habbatussauda..insyaa Allah dipermudahkan..blh add saya di facebook utk kongsi pengalaman saya..NOOR AZIAN.

    ReplyDelete
  5. Ank saudara saya juga menghidap pnyakit ini ukuran sis 8 x 8cm skrg ni tp usia bru 7bln..

    ReplyDelete
  6. Boleh sy dpt kn maklumat lbih lanjut tentang penyakit ni.. cqre2 alternatif lain.. yg boleh kami amalkn..

    ReplyDelete
  7. Takziah ya..sha..utk rawatan alternatif blh baca entry saya sEMBUH tUMOR / kANSER TANPa kEMOTeRAPI..
    http://sazlyazian.blogspot.com/2012/09/sembuh-tumor-kanser-tanpa-kemoterapi.html

    ReplyDelete
  8. Slam…sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.memusnahkan dan mematikan sel sel kanser mgikut dose yang di gunakan..herba warisan ini terlalu berkesan…daun herba warisan…merawat dan membaik pulih…jangan tunggu sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik merawat.. hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia…herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi… Hubungi saya sgera..nanti sy akn bmbing puan n tuan bgaimna hrus d lakukan n tndakn yg tpt plu d buat msa dpt knser n bgai mna hndak rwat kn...boleh sertai grup psakit2 knser sy n mlhat testmni yg amat bnyk...kita bley bbncng bgai mna nk mrawat...sy n psakit2 yg dh smbuh or yg msih d rwat n mkin sht akn bmbing n tnjuk ajar tuan n puan n bg smgt motivasi...jgn kita kseorangan...bla ksorangan...sllu kita akn lmah n down...sertai sy n hbungi sy scpt mkin utk lhat testmni2 mnarik sy cma bntu membantu…sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa…penawar nya telah ada…hubungi sy secepat munkin Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh…jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid…orang ada kanser…saya akan membantu merawat hingga sembuh NAMA SYARIKAT SAYA…..JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

    Layari laman web jusinfiniti.blogspot.my utk testimoni dan jika mahu lebih banyak lagi jadi lah ahli grup psakit2 saya anda akan bertemu lebih banyak pesakit2 yang telah sembuh dan juga pesakit2 yang masih sedang berjuang melawan kanser

    ReplyDelete
  9. JUTAWAN HERBS, ada penawar untuk anda sembuh daripada pelbagai penyakit kanser yang telah Terbukti berkesan dan turut dipercayai pesakit2 kanser di seluruh malaysia dan luar negara. Menjadi produk yang wajib dibawa ke mana sahaja, Produk keluaran JUTAWAN HERBS adalah pengeluar produk yang berpengalaman mengubati pelbagai penyakit kanser. Kami memiliki testimoni daripada pesakit2 kanser yang telah sembuh /bebas kanser yang disahkan oleh doktor sendiri. Adakah anda @ orang yang tersayang serta rakan2 anda sedang bertarung dengan dengan kanser ketika ini? Ya! Anda telah buat pilihan yang tepat kerana memilih JUTAWAN HERBS! Dapatkan segera produk kami Anda akan kami 'invite' ke WhatsApp Group kami yang terdiri daripada pesakit2 kanser. Ramai yang gerun dengan rawatan Kimoterapi, dengan Group WhatSApp kami,anda boleh mendengar sendiri perkongsian daripada ahli group yang tetap kuat, dan bertenaga menjalani kehidupan seharian dengan sokongan Jus keluaran JUTAWAN HERBS ini. Marilah bersama2 mengumpul semangat juang bersama pesakit kanser yg lain. Jangan terus buang masa, kita tak akan sembuh dengan hanya menunggu tanpa usaha dan keyakinan, kita yang perlu mencari penawar untuk sembuh, kita berhak memilih untuk sembuh! Kita berhak memilih hanya yang terbaik!! 017 4687470 EN ZUHAIRI BIN NOORDIN PENGASAS DAN PEMILIK JUTAWAN HERBS WhatsApp sekarang...

    Layari laman web jusinfiniti.blogspot.my utk testimoni dan jika mahu lebih banyak lagi jadi lah ahli grup psakit2 saya anda akan bertemu lebih banyak pesakit2 yang telah sembuh dan juga pesakit2 yang masih sedang berjuang melawan kanser


    ReplyDelete