Saturday 23 March 2013

Seminar Asas Menghafaz Al-Quran dari Bayi

Alhamdulillah, dengan rahmat dan inayahnya serta hidayah yang dikurniakan, saya telah berjaya menghadiri Seminar Menghafaz Al-Quran dari Bayi 'Kaedah DarwishDarwisya' pada hari ini Sabtu 23.3.2013. Saya rasa bersyukur sangat sebab dipilih oleh Allah untuk menghadiri seminar ini. Yang mana, isi kandungan ceramah ini banyak memberi kaedah membaca,menghafaz, dorongan dan semangat untuk menjadikan anak-anak kita sebagai salah seorang 'orang' yang disebut dalam hadith-hadith nabi sebagaimana Sultan Muhammad Al-Fateh.
 
Mula-mula menjejakkan kaki ke dewan seminar, saya mendengar alunan video yang dibuka sahaja sudah menaikkan semangat dan menggetarkan hati. Tidak tergambar perasaan bahawa saya akan belajar sesuatu yang mampu menjadikan anak-anak saya insan yng istimewa. Saya bayangkan yang akan menyampaikan isi seminar adalah seorang yang sangat berkobar-kobar dan tegas sehingga mampu melahirkan anak-anak yang celik Al-Quran. Tapi rupanya beliau (Pn Lina Karim) adalah seorang ibu yang lemah lembut, yang penuh dalam dirinya dengan semangat dan impian untuk menjadi seperti ibu kepada Sultan Muhammad Al-Fateh. Subhanallah...semoga Allah memberkati hidup beliau sekeluarga.
 
Mudah2an saya dapat mengaplikasikan ilmu yang diajar dan seterusnya dapat melahirkan ilmuan2 islam di masa akan datang.InsyaAllah..
 
 
Saya sangat-sangat bermohon "Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk mendidik anak2ku untuk menjadi anak yang soleh dan solehah yang sentiasa memegang ajaran Al-Quran di hati dan tangan mereka. Jadikanlah kami hambaMu yang taat dan sentiasa berpegang pada taliMu dan RasulMu. Jauhkanlah kami dari dosa dan kemaksiatan serta fitnah dunia akhirat. Jadikanlah kami hamba2Mu yang berjaya di dunia dan akhirat Ya Allah.Amin ya Rabbal a'alamin....

Tapi sayang saya tak bawa kamera untuk disimpan menjadi kenangn manis saya pada hari ini. Tapi saya tetap akan simpan momen berjumpa dengan huffaz cilik ini sebagai kenangan yng indah.

Saturday 9 March 2013

Selamatkan Bumi : Penggantian

Assalamualaikum.

Jom selamatkan bumi dengan menggantikan bahan2 yang kita guna dgn bahan-bahan yang lebih eco-friendly dan natural. Contohnya ------>>>>>

  1. Lampin pakai buang kepada lampin moden.http://www.facebook.com/media/set/?set=a.379217738844072.1073741825.343002089132304&type=3
  2. Gantikan susu formula dengan susu ibu dalam tempoh 2 tahun penyusuan bayi.
  3. Beli keperluan-keperluan kita yang dibungkus dengan bahan yang boleh dikitar semula seperti botol plastik, tin.Seelok-eloknya kurangkan membeli barang yang dibungkus dengan plastik yang orang kitar semula tak nak terima dan selalunya kita akan buang terus dalam tong sampah.
  4. Rajinkan membawa beg kitar semula ketika membeli belah untuk digantikan dgn plastik beg yang kita selalunya tak guna pun di rumah.
  5. Gunakan bateri yang boleh dicas semula.
  6. Apa lg ek....klu ada lg boleh kongsi pendapat saudara saudari sekalian disini...hehe
<<<SELAMAT MENGAPLIKASI DALAM KEHIDUPAN>>>