Sunday 26 May 2013

Bicara Khandak

 
Shahih al-Bukhori berkata : Sahl bin Saad berkata : Semasa bersama Rasulullah S.A.W menggali parit ( ketika Perang Khandak ) mereka menggali dan kami mengangkut tanah di atas bahu kami. Sambil itu, Rasulullah S.A.W menyebut-nyebut :


“ Ya Allah tiadalah kehidupan yang sebenarnya melainkan kehidupan Akhirat, maka ampunkanlah orang Muhajirin dan Ansar.”


Kemudian mereka menjawab kata-kata baginda itu :


Kamilah orangnya yang berjanji setia dengan Muhammad untuk berjihad sampai bila-bila selagi kami masih ada.” ( Riwayat daripada Anasi)


Menurut riwayat al-Barra’ bin Azib, Baginda mendendangkan syair-syair Ibnu Rawwahah sambil mengangkut tanah :


“Ya Allah kalau tidak kerana-Mu maka tidaklah kami mendapat petunjuk. Tidaklah kami bersedekah dan tidak juga kami bersolat.”


“Maka turunkanlah ketenteraman kepada kami. Dan teguhkanlah kaki-kaki kami jika kami bertemu musuh”
“Sesungguhnya musuh mengimpikan kami. Jika mereka mahu mencuba kami, kami tidak rela. KAMI TIDAK RELA!”


PERISTIWA PERANG KHANDAK. KOTA MADINAH. SYAWAL - ZULQAEDAH TAHUN 4 HIJRAH






Sunday 19 May 2013

Minggu Bahasa Arab


Assalamualaikum..

Minggu ni nak buat Minggu Bahasa Arab kat sekolah..

Contoh Kertas Kerja :
https://docs.google.com/file/d/0B_Prsn7uLi_ebXFoWDk2VWVtT0U/edit?usp=sharing


Gambar yang kat atas ni nk wat tuk gimik...hehe..nk pekena kat perasmi suruh baca na..Sila lah baca.

>>>PROMOSI TSHIRT MUSLIMAH>>LESS 15%  >>>