Ibnu Mas'ud r.a. : Pada setiap pandangan itu ada habuan makanan bagi syaitan .
Ibnu Abbas r.a.
: Syaitan duduk pada golongan lelaki itu pada tiga tempat. Di
pandangannya, hatinya dan kemaluannya.Dan ia menduduki tiga tempat pada
wanita. Pada pandangannya, hatinya dan di belakangnya.
Ibnu Abbas mengulas pada ayat :"Dia mengetahui mata-mata yang khianat" ( Ghafir :19)
Ialah
seorang lelaki yang apabila ada wanita berjalan di kalangan satu kaum,
ia akan tundukkan pandangan, namun apabila tiada yang perasan lantas ia
mencuri pandangan kepada wanita tadi.Jika ia takut ada yang perasan, ia
menundukkan pandangan. Sesungguhnya Allah dapat melihat bahawa dalam
hati lelaki itu keinginan untuk menilik aurat wanita tersebut.
Nabi Isa a.a. : Pandangan boleh membangkitkan syahwat. Cukuplah ia suatu kesalahan.
Ma'ruf Al Khurkhi : Tundukkan pandangan kamu walaupun pada kambing betina"
Zun Nun Misri :
Beberapa pandangan menerbitkan kehampaan. Bermula dengan kekesalan dan
berakhir dengan kehilangan.Barangsiapa yang akur dengan pandangan
matanya akan mengikut kebinasaannya.
Ar Rabei' bin
Khuthaim kebiasaanya menundukkan pandangan apabila ia melalui kawasan
yang ada wanita. Hinggakan ada yang menyangka ia seorang buta.
Suatu hari Hasan bin
Sinan keluar di pagi raya. Ketika balik semula ke rumah. isterinya
bertanya : Berapa ramai perempuan cantik dapat kamu lihat hari ini? Ia
menjawab : Demi Allah, Semenjak aku keluar hingga aku masuk ke rumah
semula aku hanya melihat hujung jari kaki ku
Amru bin Murrah : Aku
melihat seorang wanita dan tertarik dengannya. Akhirnya mataku hilang
penglihatan. Aku harap itulah balasan dari perbuatanku.
Huzaifah r.a.:Barangsiapa yang mengamat-amati bentuk tubuh wanita di sebalik pakaiannya maka ia telah membatalkan puasanya.
Abu Hurairah berkata :
Rasulullah bersabda : "Jika ada sesiapa yang mengendap rumah seseorang
tanpa keizinan, maka kamu baling ia dengan batu kecil menyebabkan ia
buta nescaya kamu tidak bersalah sama sekali."Hadis Sahih yang
disepakati.
Sujak Al Karamany :
Barangsiapa yang menjaga zahirnya dengan mengikut sunah,batinnya dengan
bermuraqabah, menundukkan pandangan dari perkara yang
diharamkan,mengawal diri dari mengikut syahwat dan makan makanan yang
halal nescaya firasatnya pasti benar.
Al Hasan bin Mujahid : Tundukkan pandanganmu dari perkara yang diharamkan Allah nescaya kamu mewarisi kasih sayang Allah.
Abu Husain Al Warraq :
Barangsiapa menundukkan pandangan dari perkara haram nescaya dia
diwariskan oleh Allah Ilmu Hikmah di lidahnya dan diberi hidayah pada
yang mendengar percakapannya.
Bala tidak menjaga mata dari perkara yang haram:
- Rosak hati
- Lupa Ilmu
- Terima bencana
- Lupa pada Allah dan Akhirat
- Hilang hak syarak pada mata yang mengintip rumah orang
Faedah menjaga mata : (Ibnu Qayyim r.h.a):
- Membebaskan diri dari rasa kekesalan
- Mewarisi cahaya di dalam hati dan memberi seri pada wajah
- Mewarisi firasat yang betul.
- Dibuka pintu ilmu
- Mewarisi kekuatan hati dan tidak goyah.
- Melahirkan rasa damai dan kegembiraan
- Menyelamatkan diri dari tawanan hawa nafsu
- Menutup satu pintu dari pintu neraka jahannam.
- Mencerdaskan akal dan menguatkannya
- Mengelakan hati dari godaan syahwat dan kelalaian
- Mendapat cinta Allah
- MewarisiIlmu Hikmah
Kata ustazku : "Kalau ente jaga mata, nanti Allah kurniakan ente wanita yang pasti menjadi idaman ente"