DEFINISI
Pengurangan bermaksud mengurangkan dan mengelakkan daripada membeli barang yang tidak diperlukan. Ianya juga bermaksud pencegahan/pengurangan sisa atau pengurangan sumber dimana penggunaan dan pembuangan barang-barang dikurangkan. Ini termasuklah :
MENGAPA KITA PERLU
MENGURANGKAN SISA?
Pengurangan sisa
sebenarnya adalah satu cara untuk mengelakkan penghasilan sisa, jadi ianya
merupakan kaedah yang sesuai dalam pengurusan sisa serta dapat memelihara alam
sekitar.
CARA-CARA UNTUK
MENGURANGKAN SISA.
a) Mengurangkan
penggunaan plastik. 1/3 daripada komposisi sisa ialah bahan plastik
pembungkus.
b) Apabila anda membuat
sedikit perubahan pada senarai pembelian, secara tidak langsung anda
mengurangkan jumlah sisa yang dihasilkan dari rumah atau sekitarnya.
c) Anda boleh
mengurangkan jumlah sisa yang terhasil dengan memilih jenis sisa yang dibuang.
Ini adalah satu proses yang senang dan mudah dimana anda hanya perlu mengikuti
panduan mudah seperti di bawah bagi mengurangkan sisa anda di rumah, sekolah
ataupun di tempat kerja.
Beli apa yang anda perlu
Elakkan pembelian barang yang tidak diperlukan untuk mengurangkan penghasilan sisa. Barang-barang yang jarang digunakan boleh dipinjam atau dikongsi dengan orang lain.
Beli barang yang boleh digunakan
semula
Beli produk berasaskan botol kaca atau tin dan bateri yang boleh dicas semula. Barang — barang seperti ini boleh digunakan berulang kali, seterusnya mengurangkan penghasilan sisa.
Beli pembersih rumah serba
guna
Ianya lebih menjimatkan dan menguntungkan daripada membeli banyak jenis pembersih rumah.
Beli barangan dalam bungkusan yang
sedikitIa dapat mengurangkan pembuangan bungkusan dalam tong
sampah anda. Untuk barang yang selalu digunakan, beli dalam kuantiti yang banyak
kerana ianya dapat menjimatkan wang anda serta mengurangkan
pembungkusan.
Jual atau derma barang — barang yang
tidak diperlukan
Menderma/memberi barang-barang yang tidak perlu kepada keluarga, kawan atau jiran dapat mengurangkan sampah. Anda juga boleh menjual barang kepunyaan anda melalui jualan car-boot untuk memperoleh wang tambahan.
Mengurangkan penggunaan kertas dengan
membatalkan surat yang tidak diperlukan Kita dapat mengurangkan
penggunaan kertas dengan membayar bil secara on-line.
Mengurangkan pembelian produk yang
mengandungi bahan-bahan merbahaya Kebanyakan barang-barang berbahaya
seperti racun perosak tidak boleh dikitar semula kerana mengandungi bahan kimia.
Kurangkan membeli barang-barang berbahaya seperti ini.
Sebolehnya beli barang yang tidak
bertoksik
Kebanyakan
barang yang bertoksik seperti minyak motor dan racun pemusnah serangga tidak
boleh digunakan semula.
Cari kaedah selamat bagi barangan rumah
yang merbahaya
'Baking soda' dan cuka boleh digunakan sebagai bahan pencuci di rumah. Minyak zaitun dan jus limau adalah alternatif bagi penggilap perabot kimia dan penggunaan lilin wangi sebagai ganti kepada alat penyegar udara kimia. |
Monday, 22 October 2012
Selamatkan bumi kita : Konsep Pengurangan
Subscribe to:
Posts (Atom)