Alhamdulillah, dengan rahmat dan inayahnya serta hidayah yang dikurniakan, saya telah berjaya menghadiri Seminar Menghafaz Al-Quran dari Bayi 'Kaedah DarwishDarwisya' pada hari ini Sabtu 23.3.2013. Saya rasa bersyukur sangat sebab dipilih oleh Allah untuk menghadiri seminar ini. Yang mana, isi kandungan ceramah ini banyak memberi kaedah membaca,menghafaz, dorongan dan semangat untuk menjadikan anak-anak kita sebagai salah seorang 'orang' yang disebut dalam hadith-hadith nabi sebagaimana Sultan Muhammad Al-Fateh.
Mula-mula menjejakkan kaki ke dewan seminar, saya mendengar alunan video yang dibuka sahaja sudah menaikkan semangat dan menggetarkan hati. Tidak tergambar perasaan bahawa saya akan belajar sesuatu yang mampu menjadikan anak-anak saya insan yng istimewa. Saya bayangkan yang akan menyampaikan isi seminar adalah seorang yang sangat berkobar-kobar dan tegas sehingga mampu melahirkan anak-anak yang celik Al-Quran. Tapi rupanya beliau (Pn Lina Karim) adalah seorang ibu yang lemah lembut, yang penuh dalam dirinya dengan semangat dan impian untuk menjadi seperti ibu kepada Sultan Muhammad Al-Fateh. Subhanallah...semoga Allah memberkati hidup beliau sekeluarga.
Mudah2an saya dapat mengaplikasikan ilmu yang diajar dan seterusnya dapat melahirkan ilmuan2 islam di masa akan datang.InsyaAllah..
Tapi sayang saya tak bawa kamera untuk disimpan menjadi kenangn manis saya pada hari ini. Tapi saya tetap akan simpan momen berjumpa dengan huffaz cilik ini sebagai kenangan yng indah.
No comments:
Post a Comment