Shahih al-Bukhori berkata : Sahl bin Saad berkata : Semasa bersama Rasulullah S.A.W menggali parit ( ketika Perang Khandak ) mereka menggali dan kami mengangkut tanah di atas bahu kami. Sambil itu, Rasulullah S.A.W menyebut-nyebut :
“ Ya Allah tiadalah kehidupan yang sebenarnya melainkan kehidupan Akhirat, maka ampunkanlah orang Muhajirin dan Ansar.”
Kemudian mereka menjawab kata-kata baginda itu :
“Kamilah orangnya yang berjanji setia dengan Muhammad untuk berjihad sampai bila-bila selagi kami masih ada.” ( Riwayat daripada Anasi)
Menurut riwayat al-Barra’ bin Azib, Baginda mendendangkan syair-syair Ibnu Rawwahah sambil mengangkut tanah :
“Ya Allah kalau tidak kerana-Mu maka tidaklah kami mendapat petunjuk. Tidaklah kami bersedekah dan tidak juga kami bersolat.”
“Maka turunkanlah ketenteraman kepada kami. Dan teguhkanlah kaki-kaki kami jika kami bertemu musuh”
“Sesungguhnya musuh mengimpikan kami. Jika mereka mahu mencuba kami, kami tidak rela. KAMI TIDAK RELA!”
PERISTIWA PERANG KHANDAK. KOTA MADINAH. SYAWAL - ZULQAEDAH TAHUN 4 HIJRAH
No comments:
Post a Comment