Thursday 7 June 2012

BerHati-Hatilah: Rahsia kekal 60 tahun berkahwin..

BerHati-Hatilah: Rahsia kekal 60 tahun berkahwin..: . . Sudah 60 tahun mereka membina mahligai perkahwinan. Selama itu tidak ada apa-apa rahsia antara mereka berdua melainkan sebuah kotak kepunyaan si isteri. Kotak itu berada di atas almari. Sejak mereka berkahwin, si suami tidak pernah membuka kotak tersebut. Beliau amat memelihara perjanjian antaranya dengan isterinya agar tidak membuka kotak kepunyaan isterinya itu.

Hinggalah pada suatu hari, si isteri jatuh sakit dan doktor yang memeriksa mengesahkan bahawa isterinya akan hidup untuk beberapa hari. Lalu si suami  tertunduk sedih. Kemudian beliau memalingkan wajah dari isterinya kerana tidak sanggup mempamerkan kesedihannya di hadapan isterinya. Namun palingan wajahnya menyorot ke sebuah kotak di atas almari . Si suami meminta izin isterinya untuk melihat apa yang ada di dalam kotak tersebut. Si isteri memberi kebenaran, lalu si suami bangun dan mengambil kotak tersebut.

Apabila dibuka, si suami melihat di dalam kotak terdapat 2 anak patung kecil yang diperbuat dari kain perca, beberapa jarum dan benang dan di bawah patung itu terdapat duit sebanyak 25 ribu dolar.

Si suami bertanya : Apa rahsia anak patung ini?

Isteri : ketika aku baru berkahwin, nenekku ada memberikan satu tips untuk mengekalkan kebahagiaan dalam rumahtangga. Nenekku berkata bahawa rahsiannya ialah mengatasi rasa marah dan kuat berleter. Apabila aku marah maka aku akan membuat anak patung dengan kain perca, jarum dan benang.

Si suami sungguh terharu dengan kesabaran isterinya dan berkata di dalam hati :

”Selama aku berkahwin hanya 2 kali sahaja aku membuat isteriku merasa sangat marah”

Dalam diam itu juga ia merasa bangga dengan dirinya yang mampu memberi kebahagiaan dan tidak banyak menimbulkan kemarahan isterinya.

Hebatkan!

Memang hebat, mungkin inilah pasangan paling bertuah. Tapi kisah di atas belum selesai. Nak tahu kisah seterusnya?...

hmm


kita sambung kisah di atas... 
walaupun tidak ada permintaan untuk disambung...





Setelah itu si suami bertanya : Apa pula dengan duit sebanyak 25 ribu dolar ini? 


Isteri : itulah hasil jualan anak-anak patung yang saya kumpul selama 60 tahun ini.

hehe.. rupanya banyak bebenor marahnye si isteri... tapi apa pun marah tu dapat gak dijadikan duit.


Sumber :http://ustfuadosman.blogspot.com/search/label/Adab%20suami%20isteri




No comments:

Post a Comment